E-Jurnal
 
1.      Awalan
MeN, BeR, TeR, di

- mendengar
pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu.

- melihat
terkejut sebaik melihat bayi yang masih hidup di buang di atas rumput.

- berbalut
bayi itu ditemui berbalut dengan kain batik dan tuala

- berdarah
bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri.

- terbabit
Pasangan terbabit kemudian menghubungi polis.

2.      Apitan

- menghampiri
pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu

- mempunyai
bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri.

- menghubungi
Pasangan terbabit kemudian menghubungi polis.

- pemeriksaan, mendapati, dilahirkan,ditemui
hasil pemeriksaan mendapati bayi itu berkemungkinan baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam sebelum ditemui.

- pendedahan, berkenaan, keadaan
Hasil pendedahan lelaki berkenaan, polis akhirnya menemui 'kubur bayi' yang baru dilahirkan teman wanitanya dalam keadaan ditutupi zink.

- dipercayai
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Affendy, berkata suspek yang dipercayai berasal dari Indonesia itu kini ditahan reman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan.

3.      Akhiran

-panggilan
polis yang menerima panggilan segera ke rumah suspek lelaki itu sebelum menahannya.

-  siasatan
suspek yang dipercayai berasal dari Indonesia itu kini ditahan reman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan.

-kawasan
pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu.




Leave a Reply.